Ads

6 Agustus 2012

Ayam yang Menyerupai Seekor Pinguin

Bagikan:


Seekor ayam yang diberi nama Mumble mempunyai bentuk fizikal yang pelik. Ayam yang dianggap unik ini berasal dari China dan pergerakkannya menyerupai seperti seekor penguin.
Secara normalnya kia melihat bentuk fisik ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapat seekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalah ayam betina yang dikenali sebagai Mumble, bukan saja memiliki sayap yang kecil dari seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.
 Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak.
Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam film animasi Happy Feet, yaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari.
Kata En. Xi “Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.
“Saya tidak melihat film tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga tidak pikir ia boleh berenang dengan baik. “Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk”.

0 comments:

Berikan Komentar Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...